
JAGGIESFIELD (bermaksud gambar padang yang pecah) :-
Terdiri daripada 5 orang pemuda yang benar-benar meminati muzik iaitu ADAN(vokal),A.P(gitaris1),ALLEY(gitaris2),RAIN(bass)dan D.D(drummer).JAGGIESFIELD turut mempunyai beberapa tenaga kerja yang rapat benar dengan kami,berkongsi SUSAH senang bersama. Mereka ialah Maps (tuan bilik jamm kitorang/tuan PC internet kami), Apiz Alopo (makanan dan minuman yang sedap) dan Afy (KFC till DEAD!!!).Mereka tak penah jemu menghadirkan diri ketika kami jamm.
JAGGIESFIELD FASA 1
Ianya bermula apabila Bengkel Multimedia (ILPKLS Suck's!!) mengadakan majlis jamuan hari raya dan Adan sendiri merupakan Pengarah Projek setiap event Multimedia.Adan mencari satu band untuk membuat persembahan,dia menjumpai junior nya, D.D (dia ni multi-talented musician) dan Alley yang berminat untuk bermain muzik pada majlis tersebut.Seterusnya kemasukan pelajar Bengkel CADD Senibina A.P (sebab dia ni pandai giler main gitar).Maka berkumandanglah muzik pada majlis tersebut hasil kerja 4 orang ini.
JAGGIESFIELD FASA 2
Selepas sehari kejadian majlis tersebut,Adan selalu melepakkan dirinya bersama-sama juniornya. Satu malam dia dapat tahu yang rakannya Ayman (band CHRONICLE) buat jamm session.Adan dengan tanpa malu meminta supaya dimasukkan satu band lagi.Dengan pantas meeting band yang pertama berlaku pada malam itu.Rain (mamat ni STYLO habis bab fesyen) telah dipaksa bermain bass untuk band yang namanya "JAGGIES"dijumpai dalam buku berkaitan ADOBE PHOTOSHOP dan digabungkan dengan perkataan "FIELD" .Berkiblatkan bunyi-bunyian SEATTLE SOND (Adan berjaya mencuci kepala mereka supaya dengar SEATTLE SOUND sebab mamat ni kutu GRUNGE tepu)Selepas 22 hari genap Rain belajar main gitar bass,jamm session itu pun berlangsung.Kat MELAKA beb...
"Doakan Perjalanan Kami Sebagai Sebuah Band"
JAGGIESFIELD
Its About Music,Friend's And LOVE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan